KEHADIRN BB M TELAH LGKPKAN SGLNYA..LIVE LIFE TO FULLEST.I'M BEING A MUMMY!!

KEHADIRN BB M TELAH LGKPKAN SGLNYA..LIVE LIFE TO FULLEST.I'M BEING A MUMMY!!
MY NAME IS NUR MARISSA WIRDANIA BT MOHD NOOR!!! WELCOME TO MY MUMMY BLOG!!

~~BE MY FRIENDS~~

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN, SAYANG


Salam semua…
Ari ni 15 Mei 2011..genap la selama setahun wirda n lalink mlayari bahtera perkahwinan.. Urrrmmm…Masa berlalu begitu pantas sekali. Terasa baru semalam bergelar pengantin baru. Hehe..

syukur alhamdulilah kepada yg Maha Esa.berkat redhamu wirda sangat bahagia disamping seorang suami yg sgt penyayang & bakal anak2 yg 'cute' serta pintar..Ewwwaaahhh….



Dulu bujang, kemudian berdua, dan kini dah bertiga. Hanya beberapa minggu je lagi dan dengan kehadiran bakal cahaya permata kami, akan tambahkan lagi seri dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri. Bakal permata kami adalah segalanya. Kasih kami padanya tak pernah berbelah bagi. Orang kata walaupun letih bekerja, namun bila tengok muka anak yang cute macam papa dan mamanya, hilang semua keletihan tu. Agak2 muka anak kami nnti macam sape erk?? soalan tu selalu orang tanya. Jawapan yang kami dapat pun pelbagai. Tak kisah la macam sape pun kan yang penting anak tu zuriat kami berdua..Ade sepasang mata yang cantik macam papanya n lesung pipit macam mamanya..Hahaha.




Sesungguhnya hanya tuhan saja yg mengerti dan fahami, segala rintihan, keluhan dan luhan hati sepasang suami isteri ini...
Susah nk di gambarkan, payah nak di ungkap kan, tiada kata, tiada bahasa, tiada isyarat yg nk diberi utk mengambarkan perasaan kebahgiaan bt kami berdua...
Terlalu istimewa, terlalu mendalam, terlalu berharga dan terlalu bernilai erti sebuah perkahwinan ini, sukar nak di bayangkan jika tiada kasih sayang dlm kebahgiaan...
Jiwa yg kosong telah di isi, Hati yg suci telah kau nodai, Perasaan yg goyah telah kau kukuhkan, semuanye di jadikan satu dalam diri...
Keranamu..kami jadi satu...
Keranamu..kami bersatu...
Keranamu..kami menyatu...

Biar ombak datang melanda, biar gempa datang mengegar, biar taufan datang meribut..
Hati dan perasaan ini takkan goyang, takkan sekali2 undur dlm percintaan, takkan sekali2 mengalah dlm ego, takkan skli2 benci jd musuh...
Ianye akan tetap kekal, akan tetap kukuh, akan tetap utuh, dan akan tetap menyintai dan di cintai hingga la ke titisan nyawa dan nafas terakhir..
Aku perlu kamu, dan kamu perlu aku..kita sama2 memerlukan
, dalam senyuman mahupun tangisan...



Abang, semoga perhubungan suci ini berkekalan hingga ke syurga. Apa juga yang abang lakukan, ayg tetap bersama abg. Ayg tahu begitu banyak pengorbanan abg sjak kita mula knal.. Apa jua yang abang lakukan ayg tetap menyokong dan setia bersama abg. Tidak dapat ayg sembunyikan lagi perasaan cemburu ayg bila ade orang ke 3 cuba hadir dalam rmhtgga kita…Tapi ayg cuba mnjadi yang trbaik bagi abg.. Dr mula hingga la saat ini bemacam2 onak duri yg kita lalui segala rintangan dan halangan di tempuhi, akhirnya membawa kebahgiaan juga bt kita berdua..AMIN…




Semoga kebahgiaan ini kekal mnjadi milik kita sekeluarga shingga ke hujung nyawa..Hanya dengan izinNya..Semoga tahun depan kita dapat menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua bersama2 lagi dgn anak pertama kita.



Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayang
Terima Kasih atas segalanya…


No comments:

Post a Comment

~INILAH KEBAHAGIAAN KAMI~

~INILAH KEBAHAGIAAN KAMI~